mcmc
Maklumat Setempat

MINGGU PASCA EXAM SMK MAHSURI

14 FEBRUARI 2022 : MINGGU PASCA EXAM SMK MAHSURI.
.
Ribuan terima kasih kepada SMK Mahsuri kerana menjemput dan memberi ruang kepada PEDi Kluster Langkawi untuk memberi sedikit taklimat mengenai ONLINE GROOMING atau PENGANTUNAN SEKSUAL dikalangan remaja dibawah umur 18 tahun. Selain taklimat, program ini juga diselit dengan beberapa aktiviti, antaranya adalah kuiz, word puzzle, radio rosak dan profesor gila-gila.
.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran akan penggunaan media sosial dan golongan remaja sekarang seharusnya bijak menggunakan. Selain itu juga, pelajar didedahkan modus operandi PENGANTUNAN SEKSUAL dan apakah langkah-langkah yang perlu mereka lakukan.
.
Sementara itu, aktiviti radio rosak adalah bertujuan untuk mempupuk semangat kerjasama sesama mereka disamping meningkatkan tiga kemahiran iaitu membaca, mengingat dan menulis. Selain itu, aktiviti profesor gila-gila bertujuan untuk melihat kreativiti, imaginasi mereka tanpa menghadkan diri mereka. Dimana mereka diminta untuk mencipta dan melukis ciptaan mereka serta membentangkan idea mereka kepada khalayak ramai.
.
Sekali lagi terima kasih diucapakan kepada pihak SMK Mahsuri atas jemputan ini. Semoga taklimat dan aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar SMK Mahsuri pada masa akan datang.