Seperti juga persatuan wanita, golongan pemuda antara penyumbang tenaga terbesar dalam sesebuah majlis keramaian. Golongan ini ringan tangan dalam membantu kerja-kerja berat yang perlu dilaksanakan bagi mempercepatkan kelancaran majlis. Contohnya, tugas golongan ini adalah memasang khemah-khemah dan memunggahkan barang-barang yang diperlukan untuk urusan majlis. Bagi aktiviti seperti gotong-royong di sekitar kampung, golongan ini dipertanggungjawabkan untuk memotong rumput, menebas semak dan sebagainya.