mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

PERJALANAN KE PULAU TUBA


Pulau Tuba hanya boleh dihubungi menerusi jalan laut dari Jeti Marble, Langkawi yang terletak berhampiran Kompleks Jetty Point. Jadual perjalanan bot ke Pulau Tuba tidak menentu kerana amalan di sini ialah ‘jalan bila penuh’. Purata sebuah bot mampu membawa dua belas penumpang, kebanyakannya penduduk Pulau Tuba yang mengunjungi Langkawi untuk membeli-belah atau urusan rasmi. Tambang ialah RM5.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM3.00 untuk perjalanan selama kira-kira 25 minit. Pastikan anda mendapat jaket keselamatan kerana perjalanan ada waktunya mempunyai risiko bergantung pada keadaan laut, malah ‘mengecutkan perut’ pada mereka yang tidak biasa.