mcmc
Maklumat Pi1M

Mini Pusat Internet Pulau Tuba

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET (Pi)

Pusat Internet  (Pi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  

Mini Pi1M Pulau Tuba menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

Mini Pi Pulau Tuba telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016. Ramai telah mendaftar diri dengan Mini Pi Pulau Tuba bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

  AHLI LAMA

404

  AHLI BARU BULAN JAN 2018

0
 KESELURUHAN PADA JAN2018 404

 

 

 KENALI PETUGAS PI :

Untuk menjadi petugas Pi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENYELIA IT 

 

 
 
Nama : Noor Shahirah Bt Senaffi

 

Mula berkhidmat : 21 Mac 2016