Pusat Internet 1 Malaysia Pulau Tuba Langkawi, Kedah, mengucapkan “Selamat Datang“dan “Terima Kasih“ kepada semua yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet 1 Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Perkara ini bertujuan bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pi1M Pulau Tuba sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ianya juga sejajar dengan kepesatan dan pembangunan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan Pi1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
7. Khidmat nasihat dan jualan berkaitan dengan ICT