mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kepelbagaian Warisan alam menjadi daya penarik untuk pelancong berkunjung ke Pulau Tuba.

Pulau Tuba adalah pulau ketiga terbesar di Langkawi dan dihuni lebih 2,000 penduduk tempatan. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan petani, selain sebahagian kecil yang bekerja dalam industri pelancongan. Kenyataannya, ramai anak muda telah keluar ke pulau besar Langkawi untuk bekerja bagi memperoleh pendapatan yang baik.

Pulau ini unik dalam pelbagai hal, khususnya mempamerkan landskap berpandangan indah. Di beberapa lokasi, kita dapat melihat warisan geologi bernilai kebangsaan iaitu rekod saintifik penting mengenai sejarah pembentukan Bumi Malaysia. Formasi Batu Kapur Kars Tropika dan rajahan batuan Granit yang membentuk Pulau Tuba ini mencorakkan keindahan landskap tabii dan berpotensi menarik pelancong untuk menikmatinya.